Dam Ular Serbaguna

Bismillahirahmanirahim~

Hari ini, cikgu fiza nak ajar cara hendak buat Dam Ular Sebaguna.
Dam Ular Serbaguna ini memang magik!
Boleh guna untuk macam-macam matapelajaran, macam-macam kemahiran.
Belajar matematik pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.
Belajar Bahasa Melayu pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.

*gambar di bawah ini semasa cikgu Fiza gunakan untuk pengajaran kemahiran suku kataKV+KV.
Anda boleh gunakan Dam Ular Serbaguna ini untuk kemahiran-kemahiran lain.


tekan sini untuk lihat dengan lebih jelas

Bagaimana hendak menghasilkan Dam Ular Serbaguna?

1. ‘Mounting Board’ sebagai papan utama Dam Ular Serbaguna
2.  Kertas warna biru, hijau dan hitam merupakan papan nombor yang disusun secara berselang seli dan dilekatkan dengan nombor secara berurutan.
3.  Kad soalan disediakan mengikut warna papan nombor iaitu warna biru, hijau dan hitam. Kad soalan boleh terdiri daripada pelbagai kemahiran bermula daripada kemahiran mengenal huruf sehingga kemahiran ayat. Kad soalan juga boleh terdiri daripada matapelajaran Matematik yang melibatkan kemahiran Matematik bermula dari Mengenal Nombor dan seterusnya.



Bagaimana hendak menggunakannya?

1.  Kaedah permainan adalah seperti permainan Dam Ular.
2.  Bagi permainan Dam Ular Serbaguna ini, apabila murid berhenti di petak papan nombor, murid dikehendaki mengambil kad soalan berdasarkan warna petak papan nombor tersebut.
3.  Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di kad soalan tersebut. 
4.  Murid yang sampai dahulu di petak terakhir dikira sebagai pemenang.

SELAMAT MENCUBA! :)

No comments:

Post a Comment