Suku Kata KV part 2

Bismillahirahmanirahim..

selamat pagi cikgu!
hari ini, kita mahu belajar mengenal lebih banyak suku kata KV..
mari lihat video ini.. :)






Suku kata KV part 1

Bismillahirahamnirahim...

selamat pagi cikgu!
kita sudah mengenal huruf..
jadi, hari ini, kita mahu belajar mengenal suku kata KV..





mudah bukan..

Game Bingo Tolak Dalam Lingkungan 10

Bismillahirahmanirahim..

Pernah main games BINGO??

BINGO yang macam ini

kali ini, kita guna permainan BINGO untuk ajar topik TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10.
permainan ini dihasilkan melalui inovasi permainan Bingo.
Cikgu kan kena kreatif.. ;)



Cara penghasilan Substracton to 10 Bingo

- Kertas warna pelbagai warna digunakan untuk menarik minat murid.
- Kad bingo terdiri daripada kad soalan dan kad jawapan.

contoh kad soalan.




kad ni kita boleh print dengan menggunakan pelbagai warna.

contoh kad jawapan



kad jawapan ini pun boleh print dengan menggunakan pelbagai warna.
lepas print, potong-potong ikut kotak nombor satu per satu.

selesai??

Cara penggunaan  Substracton to 10 Bingo

- Murid akan diberikan kad soalan dan kad jawapan.
-Murid dikehendaki memadankan kad soalan dengan kad jawapan dengan betul.


- Permainan ini menggalakkan murid mengira dengan pantas.

haaa~ 
best kan..
MUDAH.RINGKAS.SERONOK.


cikgu fiza kata: Kad bingo ini juga boleh dihasilkan dengan melibatkan pelbagai kemahiran Bahasa  Melayu atau Matematik.



Permainan 'Tambah hingga 10'

Bismillahirahmanirahim..
selamat pagi cikgu!

sudah mahir operasi tambah hingga 10?


1+9=10
2+8=10
3+7=10
4+6=10
5+5=10

mahu aktiviti pengukuhan?
cabaran yang menyeronokkan..
MATH LINES GAME
bagaimana cara permainan?

cari pasangan bola yang jumlahnya bersamaan dengan 10.
contoh: 
Bola ditengah bulatan adalah 4..
tembak bola yang akan menjadikan jumlahnya bersamaan dengan 10.
jadi 4 + _ = 10
4 + 6 = 10
oleh itu, tembak ke bola 6.

faham?
jom mulakan permainan.




Jom Main Tambah-tambah

seronok tak?
memang seronok!

Dam Ular Serbaguna

Bismillahirahmanirahim~

Hari ini, cikgu fiza nak ajar cara hendak buat Dam Ular Sebaguna.
Dam Ular Serbaguna ini memang magik!
Boleh guna untuk macam-macam matapelajaran, macam-macam kemahiran.
Belajar matematik pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.
Belajar Bahasa Melayu pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.

*gambar di bawah ini semasa cikgu Fiza gunakan untuk pengajaran kemahiran suku kataKV+KV.
Anda boleh gunakan Dam Ular Serbaguna ini untuk kemahiran-kemahiran lain.


tekan sini untuk lihat dengan lebih jelas

Bagaimana hendak menghasilkan Dam Ular Serbaguna?

1. ‘Mounting Board’ sebagai papan utama Dam Ular Serbaguna
2.  Kertas warna biru, hijau dan hitam merupakan papan nombor yang disusun secara berselang seli dan dilekatkan dengan nombor secara berurutan.
3.  Kad soalan disediakan mengikut warna papan nombor iaitu warna biru, hijau dan hitam. Kad soalan boleh terdiri daripada pelbagai kemahiran bermula daripada kemahiran mengenal huruf sehingga kemahiran ayat. Kad soalan juga boleh terdiri daripada matapelajaran Matematik yang melibatkan kemahiran Matematik bermula dari Mengenal Nombor dan seterusnya.



Bagaimana hendak menggunakannya?

1.  Kaedah permainan adalah seperti permainan Dam Ular.
2.  Bagi permainan Dam Ular Serbaguna ini, apabila murid berhenti di petak papan nombor, murid dikehendaki mengambil kad soalan berdasarkan warna petak papan nombor tersebut.
3.  Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di kad soalan tersebut. 
4.  Murid yang sampai dahulu di petak terakhir dikira sebagai pemenang.

SELAMAT MENCUBA! :)

Rama-rama dan kepompong

Bismillahirahmanirahim..

Macam mana kepompong boleh jadi rama-rama yang cantik?
haa~
kalau kita nyanyi lagu ini, mesti kita tahu.



 owh!
macam itu rupanya kepompong boleh jadi rama-rama.
nanti boleh cerita kepada rakan-rakan yang lain :)

Terima Kasih Cikgu

Nak nyanyi tak?
Lagu ini seronok..
Jom nyanyi sama-sama.




Seronok kan?

TERIMA KASIH CIKGU

tanpa cikgu, siapalah kami..
saya sayang cikgu!

Mengenal Nombor 1-10

Selamat pagi cikgu!

Nak belajar kenal nombor..?
sebelum itu,
jom nyanyi sama-sama..

kalau nak nyanyi tekan sini


cuba ulang balik nombor 1 hingga 10.

1,2,3,4,5,6,7,8,9,10

haaa~  sudah pandai..
Alhamdulillah.

sekarang, kita belajar tulis nombor 1 hingga 10

tekan sini untuk besarkan



tekan sini untuk besarkan


Kita sudah pandai! :)

PERKATAAN KV+KV

Selamat pagi cikgu!

hari ini kita nak belajar membaca perkataan KV+KV..
tapi sebelum itu, kita kena bersajak dulu..



SELAMAT PAGI CIKGU


Hari pertama persekolahan,
Aku berasa kesunyian,
Tiada ibu tiada bapa,
Hanya sahabat menjadi teman.

Suasana kelas bagaikan pasar,
Riuh rendah menceriakan suasana,
Saat seseorang masuk ke kelas,
Semuanya diam.

Selamat pagi cikgu,
Laungan kedengaran,
Pembelajaran kami bermula dengan A.B.C,
Tanpa mengenal erti berhenti dan sekejap lagi

Tanpa tahu penat dan lelah
Engkau mengajar penuh kelembutan,
Terima kasih kasih aku sematkan,
Segulung ijazah kuberi sebagai ganjaran.



wah! pandainya kita bersajak... ^^

ok!sekarang kita nak belajar membaca.
1. Salin perkataan yang berwarna merah pada buku latihan.
2. Baca perkataan yang ditulis berulang-ulang kali dengan sebutan yang betul.
bapa
kami
lagi
tahu
beri

3. Sudah pandai membaca? Bagus!
4. Buat ayat berdasarkan perkataan yang telah kita tulis dan baca tadi.


Mudah bukan?
Bersajak boleh. Membaca pun boleh.
Kita hebat. Alhamdulillah~ :)





ayuh belajar 'huruf kecil'

selamat pagi, cikgu!

hari ini nak belajar huruf kecil..
hafal tak lagu huruf??




seronok kan nyanyi lagu abc..
saya sudah hafal... yeayhhh!

haa~
nak  tahu macam mana nak lagi senang hafal bentuk huruf abc??

cuba download di sini.

wah!
banyaknya saya belajar hari ini..

belajar nyanyi..
belajar menulis..
mudah bukan???

saya sudah kenal huruf kecil..
Alhamdulillah.. :)

MURIDPEMULIHAN.GURU PEMULIHAN.

kita sering mendengar kata-kata ini.


''..murid pemulihan memang tak ada harapan nak berjaya...''

siapa kata mereka tak boleh berjaya???
belakang parang sekalipun, kalau diasah setiap hari, pasti akan tajam akhirnya..


''..saya,cikgu pemulihan dah tak tahu nak ajar macam mana lagi kat murid-murid pemulihan..''

cikgu pemulihan kena kreatif..
kita nak ajar murid pemulihan, jadi kita kena la ikut cara murid pemulihan.
kita harapan mereka..
mereka mengharapkan kita..

ehem!sebab itu la BLOG ini diwujudkan..heeee~ ;)

Blog ini dihasilkan khas untuk guru-guru + murid-murid pemulihan..
mungkin bukan yang terbaik, namun mungkin boleh membantu anda..
semoga ilmu yang disampaikan akan dimanfaatkan..insyaALLAH~ :)

sila klik untuk tumbesaran.. :)



PENDIDIKAN PEMULIHAN??

Pendidikan pemulihan?
Apa itu?
tak pernah dengar?
ayuh! kita tengok sama-sama..
apa itu pendidikan pemulihan.