Suku Kata KV part 2

Bismillahirahmanirahim..

selamat pagi cikgu!
hari ini, kita mahu belajar mengenal lebih banyak suku kata KV..
mari lihat video ini.. :)






Suku kata KV part 1

Bismillahirahamnirahim...

selamat pagi cikgu!
kita sudah mengenal huruf..
jadi, hari ini, kita mahu belajar mengenal suku kata KV..





mudah bukan..

Game Bingo Tolak Dalam Lingkungan 10

Bismillahirahmanirahim..

Pernah main games BINGO??

BINGO yang macam ini

kali ini, kita guna permainan BINGO untuk ajar topik TOLAK DALAM LINGKUNGAN 10.
permainan ini dihasilkan melalui inovasi permainan Bingo.
Cikgu kan kena kreatif.. ;)



Cara penghasilan Substracton to 10 Bingo

- Kertas warna pelbagai warna digunakan untuk menarik minat murid.
- Kad bingo terdiri daripada kad soalan dan kad jawapan.

contoh kad soalan.




kad ni kita boleh print dengan menggunakan pelbagai warna.

contoh kad jawapan



kad jawapan ini pun boleh print dengan menggunakan pelbagai warna.
lepas print, potong-potong ikut kotak nombor satu per satu.

selesai??

Cara penggunaan  Substracton to 10 Bingo

- Murid akan diberikan kad soalan dan kad jawapan.
-Murid dikehendaki memadankan kad soalan dengan kad jawapan dengan betul.


- Permainan ini menggalakkan murid mengira dengan pantas.

haaa~ 
best kan..
MUDAH.RINGKAS.SERONOK.


cikgu fiza kata: Kad bingo ini juga boleh dihasilkan dengan melibatkan pelbagai kemahiran Bahasa  Melayu atau Matematik.



Permainan 'Tambah hingga 10'

Bismillahirahmanirahim..
selamat pagi cikgu!

sudah mahir operasi tambah hingga 10?


1+9=10
2+8=10
3+7=10
4+6=10
5+5=10

mahu aktiviti pengukuhan?
cabaran yang menyeronokkan..
MATH LINES GAME
bagaimana cara permainan?

cari pasangan bola yang jumlahnya bersamaan dengan 10.
contoh: 
Bola ditengah bulatan adalah 4..
tembak bola yang akan menjadikan jumlahnya bersamaan dengan 10.
jadi 4 + _ = 10
4 + 6 = 10
oleh itu, tembak ke bola 6.

faham?
jom mulakan permainan.




Jom Main Tambah-tambah

seronok tak?
memang seronok!

Dam Ular Serbaguna

Bismillahirahmanirahim~

Hari ini, cikgu fiza nak ajar cara hendak buat Dam Ular Sebaguna.
Dam Ular Serbaguna ini memang magik!
Boleh guna untuk macam-macam matapelajaran, macam-macam kemahiran.
Belajar matematik pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.
Belajar Bahasa Melayu pun boleh guna Dam Ular Serbaguna ini.

*gambar di bawah ini semasa cikgu Fiza gunakan untuk pengajaran kemahiran suku kataKV+KV.
Anda boleh gunakan Dam Ular Serbaguna ini untuk kemahiran-kemahiran lain.


tekan sini untuk lihat dengan lebih jelas

Bagaimana hendak menghasilkan Dam Ular Serbaguna?

1. ‘Mounting Board’ sebagai papan utama Dam Ular Serbaguna
2.  Kertas warna biru, hijau dan hitam merupakan papan nombor yang disusun secara berselang seli dan dilekatkan dengan nombor secara berurutan.
3.  Kad soalan disediakan mengikut warna papan nombor iaitu warna biru, hijau dan hitam. Kad soalan boleh terdiri daripada pelbagai kemahiran bermula daripada kemahiran mengenal huruf sehingga kemahiran ayat. Kad soalan juga boleh terdiri daripada matapelajaran Matematik yang melibatkan kemahiran Matematik bermula dari Mengenal Nombor dan seterusnya.



Bagaimana hendak menggunakannya?

1.  Kaedah permainan adalah seperti permainan Dam Ular.
2.  Bagi permainan Dam Ular Serbaguna ini, apabila murid berhenti di petak papan nombor, murid dikehendaki mengambil kad soalan berdasarkan warna petak papan nombor tersebut.
3.  Murid dikehendaki menjawab soalan yang terdapat di kad soalan tersebut. 
4.  Murid yang sampai dahulu di petak terakhir dikira sebagai pemenang.

SELAMAT MENCUBA! :)

Rama-rama dan kepompong

Bismillahirahmanirahim..

Macam mana kepompong boleh jadi rama-rama yang cantik?
haa~
kalau kita nyanyi lagu ini, mesti kita tahu.



 owh!
macam itu rupanya kepompong boleh jadi rama-rama.
nanti boleh cerita kepada rakan-rakan yang lain :)

Terima Kasih Cikgu

Nak nyanyi tak?
Lagu ini seronok..
Jom nyanyi sama-sama.




Seronok kan?

TERIMA KASIH CIKGU

tanpa cikgu, siapalah kami..
saya sayang cikgu!